Malaysia Autoshow 2017-pelbagai aktiviti menarik dan peluang bawa pulang Peugeot 208 PureTech

oleh DIANA ISMADI|
Malaysia Automotive Institute (MAI) kini sedang menganjurkan acara tahunan terbesar, Malaysia Autoshow 2017 dengan tema "Smart, Safe and Sustainable Mobility" bermula 9 hingga 12 November (10 pagi- 9 malam) bertempat di Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS). 

Selain dari pameran auto, MAI turut menampilkan symposium dan festival muzik "Kuala Lumpur International Automotive Symposium (KLIAS) and Sound Valley Festival 2017" yang berlangsung di MAEPS.

Majlis perasmian Malaysia Autoshow 2017 ini telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 Malaysia Autoshow kali ini telah disertai oleh 170 peserta pameran dari pelbagai jenama, produk dan servis dalam bidang automotif.

 

Lebih menarik lagi, pengunjung betuah yang membeli tiket masuk ke pameran (RM10) juga berpeluang memenangi sebuah jentera Peugeot 208 PureTech. 

 

Malaysia Autoshow 2017

 

Antara aktiviti menarik buat pengunjung Malaysia Autoshow 2017;

  • Pandu uji pelbagai model dari pelbagai jenis jenama kenderaan. 
  • "One Stop Centre" bagi yang berminat untuk membeli kenderaan, anda boleh terus membuat tempahan. Terdapat servis bank dan juga insurans. 
  • Pengalaman menaiki Bently Bentayga atau Ford Mustang GT 5.0 untuk jarak tiga km berdekatan kawasan acara dengan bayaran RM30.
  • Karting Slalom, yang juga boleh disertai oleh kanak-kanak yang berusia bermula dari lapan tahun. Bayaran yang dikenakan adalah RM10 dan RM30 bergantung kepada umur.
  • Pemahaman mengenai teknogi Honda SENSING buat penggemar teknologi automotif.
  • Informasi untuk pemahaman mengenai "Phased Liberalisation of the Motor and Fire Tariffs" oleh Takaful Industry.
  • Peluang pekerjaan dalam bidang automotif bagi yang berminat. Sekitar 3,000 peluang pekerjaan terbuka kepada pengunjung yang berminat.
  • Festival Muzik bermula 11-12 November (jam 2pm-11.30pm). Menampilkan 11 band tempatan dan antarabangsa termasuk Indonesia, Jepun dan England. 
  • Pusat pemeriksaan kenderaan "39 point car inspection" secara percuma.
rting slalom

 

Honda SENSING

 

"Saya berharap agar kesedaran dan pengalaman yang diperoleh dari Malaysia Autoshow 2017 dapat menanamkan budaya, minat dan penghargaan terhadap teknologi automotif dan pembuatan. Lebih penting lagi, kesedaran ini akan meransang usaha  kearah mesra persekitaran dan cekap bahan api dan akan mendapat sokongan padu daripada orang awam untuk "Energy Efficinet Vehicles (EEVs)" kata Zahid Hamidi. 

 

Zahid Hamidi

 

Jika anda berminat untuk mengunjungi Malaysia Autoshow 2017, anda boleh mendapatkan tiket masuk di laman web www.airasiaredtix.com atau mendapatkan sebaranag maklumat lanjut di www.autoshow.com.my

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Penjenamaan semula ini bertujuan untuk menjadikan MARii sebagai organisasi strategik dalam usaha…
Berita Domestik
Memorandum perjanjian tersebut telah disaksikan oleh YDH Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri…
Uncategorized
Anugerah Kereta Tahunan Malaysia Automotive Industry (Car Of The Year MAI) yang bakal berlangsung…