Malaysia antara 10 negara paling strategik untuk industri automotif

oleh DIANA ISMADI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

                        

Syarikat perkhidmatan maklumat kewangan BMI Research, kini telah meletakkan Malaysia sebagai antara sepuluh negara paling strategik bagi pembuat kereta untuk memulakan atau mengekalkan operasi pembuatan automotif.

Malaysia juga merupakan salah satu daripada lima pasaran paling menarik di rantau ini menurut BMI’s Autos Production Risk/Reward Index (RRI).

 

Unit Fitch telah memberikan Malaysia skor 65.4 daripada 100 dalam indeks BMI, iaitu telah melebihi skor purata Asia, 58.5.

 

Kedudukan Malaysia yang tinggi pada Auto Production RRI sebahagian besarnya adalah disebabkan faktor lanskap pengeluran auto yang pelbagai, dengan pelbagai jenama yang dihasilkan di negara ini (skor 98.2 daripada 100), dasar industri automotif yang kuat (skor 80.9 daripada 100) dan infrastruktur logistik yang baik (skor 74.5 daripada 100).

 

BMI Research

 

Eknomi ketiga terbesar di Asia Tenggara juga telah berjaya mendapat skor yang kukuh pada “BMI Country Risk” iaitu 70.9; iaitu dengan persekitaran ekonomi dan politik yang stabil untuk jangka masa panjang dan pendek dengan risiko operasi yang rendah. 

 

Walaubagaimanapun, BMI turut menyatakan bahawa jumah buruh yang kecil di negara dan peluang pertumbuhan yang rendah bagi pembuat kereta mungkin menjadi penghalang.

 

YATC

 

Daya tarik Malaysia juga telah mendapat skor rendah iaitu sebanyak 23.6 dan 43.6 untuk pertumbuhan pengeluaran kenderaannya (berdasarkan ramalan purata untuk temph lima tahun) dan jumlah buruh yang kurang jauh ketinggalan daripara purata serantau iaitu 47.1 dan 60.1. Ini merupakan faktor populasi yang kecil di Malaysia jika dibandingkan dengan negara-negara lain di rantau ini.

 

BMI Research merupakan unit perkhidmatan maklumat kewangan gergasi Fitch Group yang beroperasi di lebih daripada 30 negara.

 

Automotive

 

Sumber diambil dari themalayonline. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Rancangan tersebut adalah untuk mempercepatkan usahanya untuk ke pasaran global yang menyasarkan…
Berita Domestik
Pelantikan pengedar tersebut adalah sebahagian daripada strategi WTCA untuk mengukuhkan…
Model Terbaharu
MG ZS EV terbaharu ini membawakan ciri moden elektrik pada reka bentuk grill rata dengan paten…