MAI optimis pelancaran NETC beri manfaat kepada ramai pihak

oleh Afandi Che Muhamad|
Dalam merealisasikan agenda pembangunan mampan, Institut Automotif Malaysia (MAI) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) hari ini bekerjasama dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi melancarkan Pusat Ujian Emisi Kebangsaan (NETC).
Merdeka Bonanza

Dirasmikan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Ahmad Maslan bagi pihak Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed sebentar tadi, NETC yang terletak di Rawang itu menawarkan kemudahan sesi ujian emisi (pelepasan gas ekzos) kenderaan pertama seumpamanya di Malaysia.

 

 

Fasiliti tersebut menempatkan makmal lengkap dengan kemudahan Dynamometer selain bilik rendaman, bilik emisi dan bilik kawalan.

Harus diketahui, ujian emisi menjadi satu keperluan bagi pengeluar kenderaan kerana produk keluaran mereka itu harus mematuhi kriteria standard di bawah pensijilan EEV dan Kelulusan Jenis Kenderaan (VTA).

 

 

Penubuhan pusat dikawal selia sepenuhnya MAI itu membolehkan pengurangan kos ujian pengurangan ketara dan masa kitaran ujian yang lebih cepat selain mengatasi faktor kekangan aslogistik akibat ujian di luar negara.

Kewujudan fasiliti berkenaan membuka ruang kepada pengeluar kenderaan di Malaysia untuk melakukan ujian di dalam negara sahaja.

 

 

Ketua Pegawai Eksekutif MAI, Datuk Madani Sahari (gambar) berkata, pendekatan tersebut diambil bagi meningkatkan kecekapan tenaga dalam industri automotif tempatan di samping mengurangkan pelepasan karbon bertepatan dengan piawaian global.

"NETC akan menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan OEM sama ada di Malaysia mahu pun rantau Asia.

"Pusat itu memudahkan pengilang automotif di Malaysia untuk menjalankan ujian emisi di dalam negara dan dalam masa sam membantu mempromosikan penggunaan EEV di negara ini," tutur Madani.

 

 

Tambah Madani lagi, pihaknya dijadualkan bakal memperluaskan penawaran NETC merangkumi ujian motosikal dan kenderaan komersial pada masa hadapan.

 

 

Dalam perkembagan sama, Mustapha (gambar) pula menjelaskan dalam satu kenyataan bahawa penubuhan NETC adalah tepat pada masanya dan selaras dengan hasrat kerajaan seperti yang dinyatakan dalam NAP 2014 tidak lama dahulu. 

"Ini (pembinaan NETC) adalah batu loncatan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab serantau untuk EEV dalam masa terdekat. ", Kata Dato 'Sri Mustapa Mohamad, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

"NETC merupakan satu lagi bukti pemindahan teknologi yang berjaya daripada Daihatsu kepada Perodua Auto Corporation Sdn. Bhd. dengan MAI sebagai rakan kongsi ditugas mengendalikan pusat tersebut," ujarnya.

 

 

Terdahulu, turut dilancarkan serentak dengan NETC itu ialah Skim Pelabelan EEV.

Mengulas mengenai skim tersebut, ia menjalankan fungsi sebagai platform pengguna untuk mengumpul butiran model tertentu dengan hanya mengimbas kod QR.

Skim berkenaan mendidik pengguna mengenai kecekapan bahan bakar kenderaan selain menggalakkan pengguna melakukan pembelian kenderaan dengan kadar pelepasan gas yang rendah selepas ini.

Inisiatif pengenalan skim itu dibuat selaras dengan komitmen Malaysia untuk mengurangkan kadar pelepasan karbon sebanyak 45 peratus menjelang tahun 2030, seperti yang digariskan oleh UNFCCC di bawah Perjanjian Paris.

Dengan adanya skim tersebut, ia meningkatkan lagi daya saing pasaran automotif.

 

Add new comment

banner articles

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Proses pembuatan semula ini bukan sahaja memulihkan produk kepada fungsi yang asal, bahkan mampu…
Berita Domestik
  According to Dr Horizon Gitano Briggs of Focus Applied Technologies Sdn Bhd, Malaysia is already…