Menerusi video terbaharu ini, Toyota memfokuskan kepada bagaimana Toyota Supra bakal menghasilkan bunyinya yang tersendiri hasil daripada kerjasama antara mereka dan BMW.
Sekiranya anda menantikan irama yang merdu seakan-akan enjin 2JZ yang popular itu, anda mungkin akan berasa kecewa, kerana enjin Supra ini sememangnya berasal daripada BMW.
Sebagai peringatan terakhir, jangan betulkan skrin telefon pintar, laptop mahupun cermin mata anda kerana Toyota sengaja mengkaburkan video terbaharu mereka ini.