Mach 1 bangkit dari abu - sebagai crossover elektrik pacuan roda hadapan

oleh Muhamad Hanif|
Berita ini berkemungkinan besar akan menyebabkan peminat Mustang yang kecewa akan membaling apa jua benda yang ada di hadapan mata.
Promosi Duit Raya

Ford kini mengesahkan untuk menggunapakai kembali nama Mach 1 yang sangat ikonik dengan Mustang. 

Walaubagaimanapun, pengumuman Ford berkenaan Mach 1 ini bukanlah berkenaan sebuah kereta berprestasi tinggi menggantikan Ford Mustang. 
 


Ford dilaporkan akan memakai lencana Mach 1 ini pada sebuah crossover elektrik yang bakal menggunakan plaform C2 yang menjadi asas kepada pembangunan Ford Focus terbaharu. 

Ford Mach 1 ini dikuasakan oleh elektrik sepenuhnya dan dipacu menerusi roda hadapan. 

Menurut Ford, Mach 1 dan Ford Bronco bakal menembusi pasaran seawal 2020 sebagai satu usaha Ford untuk menguasai pasaran setelah pasaran kereta penumpang mereka merudum akibat perubahan trend pemilikan kenderaan semasa. 
 


Sumber: CarThrottle

Add new comment

banner articles

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, apa yang akan berlaku apabila beliau diletakkan di belakang stereng sebuah Ford Raptor di…
Berita Global
Walaubagaimanapun, Ford bakal menumpukan perhatian kepada model yang laris seperti Ford Mustang dan…
Berita Global
Laporan temubual yand direkodkan oleh Detroit Bureau bersama Pengarah Pemasaran Kumpulan Ford,…