Luminox Scott Cassel Deep Dive 1550 Series - jam tangan khusus untuk para penyelam dan pencinta lautan dalam

oleh Mohamad Hanif|
Scott Cassell merupakan seorang penyelam professional dan bekas tentera yang mahir dalam operasi ketenteraan, operasi khas anti-pengganas dan dikatakan menggunakan jam tangan Luminox sebagai salah sebuah Essential Gear ketika berkhidmat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kini, beliau masih meneruskan minat menyelam di dasar lautan menerusi organisasi bukan berasaskan keuntungan Sea Wolves Unlimited dan Undersea Voyager Project yang membantu para pengkaji, pensyarah, pelajar dan saintis mengenali dengan lebih mendalam mengenai kehidupan di dasar lautan. 


Bagi menyokong usaha murni yang dilakukan oleh Scott Cassell, Luminox hadir dengan siri koleksi jam tangan terkini Scott Cassell Deep Dive 1550 Series, buat pertama kalinya menampilkan penggunaan bahan ultraringan CARBONOX+TM pada siri Deep Dive. 
 


Didatangkan dalam empat model, kesemua jam tangan Deep Dive 1550 Series ini hadir di dalam casis Carbonox+TM bersaiz 46 mm yang diperbuat daripada bahan berasaskan karbon - 3 kali lebih ringan berbanding titanium, hypoallergenik, serta tahan lasak untuk kekal beroperasi sehingga kedalaman 300 meter di dasar laut. 

Koleksi terbaharu ini juga menampilkan ciri Bezel Locking System yang telah didaftarkan bertujuan untuk mengunci pergerakan bezel daripada bertukar ketika menjalankan misi menyelam di bawah permukaan air, selain bertindak sebagai pelindung kepada crown daripada hentakan luar yang mungkin timbul ketika misi berjalan. 
 


Seperti mana kelaziman sebuah jam tangan Luminox, Scott Cassell Deep Dive 1550 Series ini hadir dengan ciri bantuan pencahayaan gas tritium LLT (Luminox Lighting Technology) yang dijamin sehingga 25 tahun tanpa sebarang bantuan cahaya tambahan, terutama ketika di dasar lautan yang gelap. 
 


Didatangkan dengan empat rekaan dial yang berbeza warna, Scott Cassell Deep Dive 1550 Series dijana menggunakan pergerakan quartz Swiss Made dengan bateri lithium yang mampu bertahan sehingga lapan tahun. 
 


Dengan pelancaran jam tangan koleksi Deep Dive terbaharu ini, Luminox sebagai penyokong kepada misi murni Scott Cassell menyelamatkan ekosistem lautan dalam berbesar hati mengumumkan sebahagian daripada jualan jam tangan siri ini akan didermakan kepada organisasi di bawah kelolaan beliau. 

Jam tangan jenama Luminox boleh didapati di Parkson KLCC, Parkson Pavilion, Parkson Sunway Velocity, Isetan KLCC, Isetan 1Utama, SOGO serta mana-mana pengedar jam tangan utama di seluruh negara. 

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Crystal Time (pengedar rasmi jenama Luminox) di alamat www.crystaltime.com.sg atau laman Facebook di www.facebook.com/LuminoxMalaysiaBrunei atau menghubungi talian +603 2938 3938. 
 

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Pembeli boleh beli apa jua koleksi jam tangan Luminox yang berada di pasaran dan berpeluang…
Gaya Hidup
Terdapat dua pilihan warna ditawarkan, iaitu rekaan dial dan bezel berwarna hijau dengan tali jam…
Gaya Hidup
Koleksi jam tangan terbaharu ini diinspirasikan daripada salah satu ekspedisi terawal Bear Grylls…