Lotus serahkan Lotus Evora kepada anakanda pengasas Lotus

oleh Muhammad Md Tajudin|
Kebanyakan jenama kenderaan hari ini diasaskan oleh individu hebat seperti Henry Ford, Kiichiro Toyoda, Soichiro Honda dan Takeo Fujisawa, Enzo Ferrari dan ramai lagi tokoh terkenal.

Figura ini telah lama pergi dan legasi bisnes masih diwarisi secara langsung dan tidak langsung oleh pewaris mereka.

Lotus juga diasaskan oleh personaliti hebat iaitu Colin Chapman. Walaupun saham majoriti tidak diwarisi keluarga, sekali-sekala kedengaran berita tentang Clive Chapman, anak kepada pengasas jenama kereta sport ini.

Sempena program ulangtahun kereta pertama Lotus yang ke 70, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Jean-Marc Gales telah menyerahkan kunci model Evora GT410 Sport kepada Clive Chapman.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Lotus Evora Sport GT430

 

Model tercanggih Lotus yang berwarna Empire Green ini akan digunakan oleh Clive yang juga Pengarah Pasukan Klasik Lotus untuk program jelajah United Kingdom dan Eropah.

Program itu akan mempromosikan sejarah pasukan permotoran popular Lotus dan juga perlumbaan model klasik Lotus di acara permotoran antarabangsa dan perjumpaan di serata dunia.

Lotus Evora GT410 Sport adalah model istimewa dengan beberapa peralatan eksklusif seperti kit aerodinamik, panel depan dan belakang daripada komposit yang menghasilkan daya mendapan sehingga 96 kg iaitu lebih dari 50 peratus daya pada model Evora Sport 410. 

Model ini digerakkan oleh enjin supercaj 3.5 liter enam silinder dengan output kuasa 410 hp pada 7,000 rpm dan tork 420 Nm dari 3,500 rpm.

Pecutan model ini dari sifar ke 97 km/j hanya mengambil 3.9 saat (automatik atau 4.0 saat manual).

 

Lotus Evora Sport GT430

 

Memandangkan model ini dalam famili GT (Grand Touring), pelanggan boleh memesan transmisi automatik enam kelajuan yang sedikit lebih pantas.

Sistem transmisi ini menggunakan ECU yang telah ditala semula untuk tukaran lebih pantas dengan gear yang boleh dianjak menggunakan pedal aluminium pada stereng.

Model ini juga boleh diubah suai mengikut kehendak pelanggan melalui program Lotus Exclusive. Program di bawah Lotus Design ini semakin popular dengan kira-kira satu pertiga pelanggan mahu mengubah suai mengikut kehendak peribadi mereka.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Dari segi prestasi, kuasa sehingga 905 bhp membolehkan Emeya memecut dari 0 sehingga 100…
Berita Global
Usah risau, ini kerana Lotus Emeya sudah pun selesai menjalani ujian pembangunan menyeluruh dalam…
Berita Global
Bermula tahun 2027, Lotus akan menjadi sebuah jenama EV sepenuh masa, di mana peranan yang…