“Siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku apabila lori jenis Nissan itu gagal berhenti setelah mengalami masalah brek dan hilang kawalan lalu melanggar kesemua kenderaan yang sedang berhenti di lampu isyarat merah menghala ke Bandar Baru Sungai Buloh.
“Kejadian telah mengakibatkan kesemua tujuh kereta yang sedang berhenti itu mengalami kerosakan namun kejadian tidak melibatkan sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurut Shafa’aton, kenderaan yang dirempuh terdiri daripada Honda Jazz, Perodua Myvi, trak Isuzu NRR35, Isuzu D-max, van jenis Daihatsu Gran Max, Perodua Axia, dan sebuah van jenis Toyota Hiace.
“Setakat ini terdapat tiga orang pemilik kenderaan yang dirempuh masih belum membuat laporan dan siasatan berhubung kejadian masih diteruskan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujar beliau.