Litar pandu uji khas buat pelanggan Subaru di Illinois

oleh Mohamad Hanif|
Sesi pandu uji yang disediakan oleh pengeluar kenderaan kadang-kala memberikan beberapa maklumat yang terbatas, dan tidak menyeluruh kepada bakal pembeli yang berpotensi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Selain daripada jalan pandu uji yang kadang kala sibuk, ia juga bergantung kepada kemurahan hati wakil penjual sesebuah syarikat sama ada membenarkan pelanggan memandu uji model tersebut dengan sebaiknya, atau sekadar berjalan-jalan di tepi taman dan terus berkata, "jadi tak nak beli?"
 

Di Illinois, sebuah pengedar jenama Subaru, Gerald Subaru di Naperville telah melabur sejumlah US $1.5 juta bagi menyediakan sebuah litar uji tertutup untuk kegunaan pandu uji kenderaan baharu buat pelanggan mereka. 

Litar tersebut terdiri daripada bahagian mendaki bukit dengan kecerunan 10 darjah, lintasan jalan keretapi, jalan yang condong, bahagian jalan yang kasar dan juga kawasan pengujian brek kecemasan. 
 


Oleh kerana kepopularan litar tertutup Gerald Subaru ini, orang ramai perlu membuat temujanji terlebih dahulu sebelum dibenarkan untuk memasuki dan menguji dengan sendiri kereta Subaru. 

Ini merupakan satu idea yang bernas bagi menyediakan ruang kepada para pembeli yang berpotensi menguji kenderaan idaman mereka, serta mengetahui serba sedikit fungsi dan ciri keselamatan yang ada pada kenderaan terkini. 

Anda boleh saksikan video promosi litar pandu uji Subaru tersebut di bawah ini.