Limosin paling aneh pernah wujud di dunia - Limo-Jet dihasilkan daripada kelongsong jet peribadi

oleh Mohamad Hanif|
Apa yang perlu anda lakukan sekiranya anda mempunyai sebuah jet peribadi yang tidak mahu digunakan lagi?
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jadikan sebuah limousin yang sah untuk digunakan di atas jalan raya. 

 


Memperkenalkan Limo-Jet, seperti nama yang dicadangkan ia sememangnya sebuah jet peribadi yang telah diubahsuai untuk menjadi sebuah limosin mewah yang sah untuk dipandu. 

Dengan bantuan seramai 100 orang pakar dan beberapa buah syarikat penala, bahagian gantungan hadapan dan belakang telah dibina secara kustom manakala arca roda gergasi belakang pula telah dibina daripada gentian kaca yang mengambil masa selama sembilan bulan. 
 


Kelongsong enjin jet yang berada di sisi fuselaj Limo-Jet ini telah digantikan dengan speaker gergasi yang dihiasi dengan lampu yang berwarna terang. 

Jadi, untuk menggerakkan jentera gergasi sepanjang 12.8 meter ini dan seberat 5,443 kg, Limo-Jet memerlukan sebuah nadi kuasa standard daripada GM Vortec V8 dibantu dengan penggunaan rim gergasi 28 inci pada keempat-empat penjuru roda. 
 


Bahagian dalaman pula menampilkan rekaan tipikal sebuah limosin mewah untuk orang kaya berparti dengan tenang dan selesa, manakala ruang juruterbang pemandu pula menampilkan penggunaan skrin yang memaparkan pandangan sekeliling Limo-Jet ini ketika memandu. 
 


Menurut jurucakap syarikat pembina Limo-Jet ini, mereka masih mencari dana sumbangan untuk menyiapkan limosin gergasi ini termasuklah pelan untuk menambahbaik sistem aliran elektrik dan juga sistem pacu kuasa.
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Seperti yang anda lihat, bentuk crossover coupe Mach-E telah hilang sepenuhnya dan diubah menjadi…
Berita Global
Menurut laman web eBay, limosin klasik yang disenaraikan ini pernah dimiliki oleh Chen Yi yang…
Berita Global
Ucapkan selamat datang kepada Mercedes-Maybach S-Class 2021, limosin mewah yang menampilkan lebih…