Lima tanda bateri kereta kita sudah rosak -  Bosch

oleh HEZERI SAMSURI|

 

Bosch Automotive Aftermarket Malaysia telah berkongsi lima petanda bahawa bateri kenderaan anda sudah rosak atau akan rosak.

 

1. Aci engkol berpusing perlahan

Bila kunci dipulas atau butang Start ditekan, enjin seperti lambat hendak berputar dan lambat untuk hidup.

 

 

 

2. Lampu amaran timbul

Apabila caj bateri menurun ke tahap kritikal kerana tidak mampu menyimpan caj, atau bateri tidak dicaj dengan baik, lampu amaran bateri akan naik di papan pemuka.

Ada dua cara untuk mengenali lampu amaran itu - buka buku manual yang dibekalkan kepada anda ketika membeli kenderaan anda atau untuk yang buta huruf, terus bertanya kepada orang lain dalam Whatsapp Group.

 

 

3. Perlu bantu-mula (jump start)

Bila kereta anda perlukan bantu mula sebanyak tiga kali dalam tempoh seminggu, itu adalah tanda besar bahawa ajal sudah hampir sampai ke bateri anda.

Sebelum lakukan proses bantu-mula, buka manual dan pastikan cara yang betul. Maaf, tanya pada Whatsapp Group untuk pastikan cara yang betul bagi kereta anda.

 

 

4. Kotak bateri membengkak

Jika bateri terdedah kepada suhu yang sangat melampau, ia mungkin boleh membengkak.

Bukan, ia tidak bermaksud anda bakal dapat bateri bayi yang baharu tetapi ia menandakan bateri anda sudah rosak dan akan memendekkan jangka hayatnya.

 

 

5. Bau seperti telur busuk

Kadang-kadang, anda memarahi suami atau isteri atau anak-anak anda kerana kentut di dalam kenderaan.

Jangan tuduh mereka menipu kerana bateri juga boleh menghasilkan bau busuk seperti telur busuk itu.

Apa yang terjadi ialah telah berlaku litar pintas pada bateri anda dan asid sulfurik mungkin sudah bocor dan melepaskan gas busuk itu. Ini sangat merbahaya kerana ia mampu merosakkan komponen lain di dalam kenderaan anda.

 

Klik pautan di bawah untuk mencari pengedar bateri Bosch terdekat.

http://startwithbosch.com/my

Add new comment

banner articles

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Bosch Automotive Aftermarket Malaysia hari ini mendedahkan bahawa hanya satu peratus dari pemandu…
Berita Domestik
Menurun kajian yang dilakukan oleh Bosch, tujuh dari 10 kerosakan yang menyebabkan kereta tersadai…
Berita Global
Bosch telah menghasilkan aplikasi dan perkakasan untuk sistem brek autonomi kenderaan yang mampu…