Lima pemotong rumput maut dirempuh kereta di Thailand

oleh Mohamad Hanif|
Lima pemotong rumput maut dan seorang lagi cedera parah apabila dirempuh sebuah kenderaan yang dipandu seorang rakyat Malaysia di daerah Rattaphum, Songkhla hari ini.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Dalam kejadian kira-kira 3 petang (waktu tempatan), enam pemotong rumput berusia antara 34 hingga 56 tahun itu yang sedang berehat di tepi Jalan Hatyai-Satun, dilanggar sebuah kereta jenis Perodua Myvi dipandu wanita berusia 30 tahun.

Pemandu wanita dan dua rakannya yang dalam perjalanan dari Krabi menuju ke Hatyai, Songkhla, cedera ringan. Pemandu wanita itu turut disoal siasat polis.

Ketua Polis Siasatan Jenayah Rattaphum, Kol.Pol. Theva Daoruang berkata, empat mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi meninggal dunia di Hospital Rattaphum.

Beliau berkata, mangsa yang cedera parah kini menerima rawatan di hospital.

“Siasatan awal polis mendapati pemandu yang dalam perjalanan menuju ke Hatyai dipercayai hilang kawalan dan terbabas sebelum merempuh mangsa yang duduk di tepi jalan,” katanya kepada Bernama.

Sumber gambar: FB

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, jika tidak mempunyai pilihan mereka yang ingin ke negara berkenaan diingatkan agar…
Berita Domestik
Menurutnya, bagi tempoh itu, rampasan termasuk cukai direkodkan berjumlah RM350.18 juta iaitu…
Berita Global
Borang TM6 ialah kad ketibaan/berlepas, yang mana warga asing perlu mengisi maklumat pasport mereka…