Jika anda merasakan Toyota C-HR mahal harganya, tunggu harga UX ini atau tinjau sahaja harga Mercedez-Benz GLA dan BMW X1.
Dari gambar yang diberikan memang terserlah saiznya yang kompak dan paling jelas ialah gril spindle. Dari sudut lain pula UX masih mengekalkan identiti SUV Lexus dengan sudut dan garisan keras.
Menurut Lexus, UX menggunakan platform serba baharu yang memberikan ketegaran tinggi, titik graviti rendah dan itu menyumbang kepada pengendalian sebuah kereta hatchback.
Bahagian interior pula mengabungkan rekaan kokpit yang memberi fokus kepada pemandu, ruang penumpang lebar dan jarak penglihatan yang melegakan.
Dan seperti yang dikatakan di awal artikel ini, Lexus memang meletakkan UX sebagai akses kepada jenamanya yang sebelum ini dipegang oleh Lexus CT200h.
Kepada penggemar kereta Jepun dan mahukan sesuatu yang berbeza dari Mercedes-Benz GLA, ini adalah jawapannya.
Penulis: Muhammad Md Tajudin