Lexus LFA untuk dijual - RM2 juta!

oleh Mohamad Hanif|
Sebuah Lexus LFA terpakai yang masih lagi baharu (benar, masih baharu walaupun sudah lama diproduksikan) dikhabarkan telah memasuki radar RMSotheby di Monterey sebelum proses bidaan dijalankan bermula pada 25 Ogos ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Supercar buatan Toyota berwarna putih Whitest White dengan nombor binaan 479 ini akan dibida dengan harga jangkaan bermula dari £290,000 sehingga £345,000 (RM1.6 - RM2 juta). 

Sebagai perbandingan, harga jualan Lexus LFA baharu bermula dari £343,000 sahaja tidak termasuk barangan naik taraf pilihan. 

 


Apa yang menarik perhatian ialah jarak perbatuan yang sangat sedikit dicatatkan oleh pemilik sebelum ini, iaitu sekitar 200 km sahaja, menjadikan ia sebuah pilihan supercar pasaran terpakai yang paling bernilai dan berbaloi untuk dimiliki. 
 


Jadi, dengan duit sekitar RM2 juta (tidak termasuk kos penghantaran ke sini), anda boleh mendapatkan sebuah supercar bernadikan enjin bentangan V10 berkuasa 552 bhp serta runut bunyi ekzos yang nyaring ala-ala F1 talaan Yamaha. 
 


Pastinya dengan memiliki Lexus LFA ini, anda mampu menjadi seorang yang popular dan digilai ramai oleh kerana jumlah produksi yang amat terhad, sekitar 500 unit sahaja termasuklah 50 unit varian Nurburgring Package. 


Suka untuk kami ingatkan, setelah anda memiliki sebuah Lexus LFA, sila rujuk cara penjagaan supercar tersebut sepertimana yang telah kami kongsikan sebelum ini, ia tidak semudah menjaga Perodua Myvi anda!

PANDUAN SERVIS SEBUAH LEXUS LFA

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
Update 1.40 "Spec II" Gran Turismo 7 ini membawakan tujuh model kereta baharu ke dalam permainan,…
Berita Global
Berdasarkan gambar yang sengaja digelapkan itu, terdapat tujuh buah kereta baharu yang bakal…
Berita Global
Pada tahun 2016, bos Lexus Eropah mengesahkan tiada sebarang pengganti untuk model tersebut yang…