Lexus LC Yellow Edition - warna kuning kuasai segenap sudut!

oleh Mohamad Hanif|
Dengan kemunculan sulung dijadualkan bertempat di Paris Motor Show pada bulan 10, grand tourer daripada Lexus, LC dengan penawaran warna kuning terang akan mula memasuki pasaran UK dan Eropah bermula November ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Warna kuning Vibrant Flare Yellow ini akan menguasai hampir keseluruhan bahagian luaran Lexus LC serta beberapa kemasan pada bahagian dalam termasuklah kemasan Alcantara berwarna kuning pada panel pintu dan kemasan jahitan di dalam kabin. 


Tempat duduk boleh laras berkuasa elektrik dengan 10 tetapan hala pula menggunakan kemasan upholstery kulit jenis semi-aniline berwarna putih.

LC edisi khas ini juga turut membawakan rim forged dengan spoke berbentuk V bersaiz 21 inci serta kemasan terdedah gentian karbon pada bahagian bumbung, spoiler belakang dan sill plates pada pintu. 

 


Untuk dinamik pemanduan pula, Lexus LC ini hadir dengan ciri Sport+ sebagai ciri standard yang turut merangkumi Lexus Dynamic Handling, Variable Gear Ratio Steering, sistem stereng empat roda dan limited-slip differential Torsen. 
 


Tiada sebarang perubahan kuasa pada Lexus LC ini bermakna ia masih mengekalkan nadi enjin 5.0 liter 2UR-GSE bentangan V8 yang menghamburkan sejumlah 471 kuasa kuda/540 Nm daya kilas sebelum digandingkan dengan transmisi automatik 10 nisbah kelajuan.

Dengan kuasa setinggi itu, Lexus LC mampu memecut dari pegun di bawah catatan masa 4.5 saat sahaja sebelum mencecah kelajuan 100 km/j. 


 

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
Kenapa nama Hokkaido dipilih? Nama tersebut dipilih bersempena dengan kepulauan Hokkaido yang…
Berita Global
Rekaan sayap ini merupakan kolaborasi Lexus bersama Yoshihide Muroya, seorang juruterbang…
Berita Global
Toyota GT86 Mk2 akan menampilkan platform TNGA pacuan roda belakang serba baharu yang hadir dengan…