Lexus LC 500 kini dilancarkan dengan harga RM940,000

oleh DIANA ISMADI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Lexus Malaysia, anak syarikat UMW Toyota Motor Sdn Bhd hari ini secara rasminya telah melancarkan Lexus LC 500 serba baharu. Lexus LC 500 yang mantap ini dijual dengan harga RM940,000 (tidak termasuk insurans).

 

Dengan rekabentuk yang gagah serta prestasi yang mengagumkan jentera ini dikuasakan oleh enjin 5.0L V8 petrol yang mampu menjana kuasa sehingga 470PS dan 540Nm tork. LC 500 turut dipadankan dengan transmisi automatik Direct Shift sepuluh kelajuan.

Lexus

 

Menurut Lexus, catatan memecut 0-100kmj adalah 4.4 saat. Melalui model LC ini, Lexus juga telah menggunakan platform baharu yang membantu memberi definisi terhadap strategi yang digunakan jenama ini. Dikenali sebagai GA-L (Global Architecture-Luxury), platform asas kepada sedan LS generasi terbaharu.

 

Spesifikasi Lexus LC500:

  • Lampu utama LED
  • Lampu siang LED
  • Gril spindel Lexus
  • Rim 20 atau 21 inci (boleh dipilih oleh pelanggan)
  • Pedal penukaran gear
  • Suis pemilih mod pemanduan

 

Ciri keselamatan:

  • Vehicle Dynamics Integrated Management (VDIM)
  • Vehicle Stability Control (VSC)
  • Traction Control (TC)
  • Dynamic Rear Steering (DRS)
  • Blind Spot Monitor System
  • Rear Cross Traffic Alert (RCTA)
  • Pop Up Hood (PUH)
  • Bantuan mula mendaki (HSA)
  • Lapan beg udara
  • Isofix
Lexus

 

LC 500 ditawarkan dalam 11 pilihan warna luaran iaitu putih, kelabu, perak, titanium, hitam, “black glass flake”, “garnet red mica”, radiant red contrast layering, “amber crystal shine”, kuning dan biru. Bagi tiga pilihan warna  tema ruang dalaman pula ialah merah, hitam dan coklat.

 

Setiap unit model ini datang dengan jaminan lima tahun tanpa had perbatuan dan bagi tempoh lima tahun pertama atau 100,000 km (mana yang terdahulu) dan servis berjadual disediakan secara percuma kepada pemilik.

 

Lexus

 

Sokongan lepas jualan lengkap juga disediakan di tujuh pusat servis Lexus yang terletak di Mutiara Damansara dan Sungai Besi di Lembah Klang, Ipoh, Johor, Melaka, Pulau Pinang, dan Kuching.

 

Kepada yang berminat, anda boleh membuat tempahan atau lawati cawangan pengedar sah Lexus di seluruh negara.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Presiden UMWT, Datuk K Ravindran, berkata komitmen syarikat melangkaui penghantaran kenderaan…
Berita Global
   Sama seperti kereta Lexus, bahagian luar adalah terjemahan kepada falsafah reka bentuk L-…
Berita Global
  Untuk NX 2024, beberapa penambahbaikan dibuat seperti pengukuhan ketegaran badan dan talaan…