Kini, Land Cruiser telah pun berganti dengan generasi baharu, dan Lexus juga tidak ketinggalan untuk mendedahkan sedikit teaser bagi generasi baharu Lexus LX yang bakal dilancarkan pada 13 Oktober ini.
Teaser itu menampakkan rekaan belakang Lexus LX yang menampilkan rekaan lampu belakang LED berbentuk L yang dihubungkan oleh jalur LED, serta perkataan LEXUS bagi menggantikan logo yang biasa digunakan.
Kelibat lencana LX 600 pada pintu tailgate turut mengesahkan lagi kehadiran model generasi baharu itu.
Lexus LX dibangunkan menggunakan platform TNGA-F yang sama digunakan pada Toyota Land Cruiser, di mana ia bakal ditawarkan dalam beberapa varian seperti:
- LX 600 - enjin 3.5 liter V6 turbo berkembar (409 hp/650 Nm)
- LX 571h - enjin 3.5 liter V6 dan motor elektrik (480 hp/871 Nm)
Sistem transmisi pula adalah jenis automatik dengan 10 nisbah kelajuan, di mana ia menyalurkan kuasa kepada sistem pacuan empat roda.