Model yang sama digunakan untuk kegunaan teksi, LEVC VN5 itu kini didatangkan dengan ciri-ciri yang wajib ada pada sebuah campervan, seperti contoh kehadiran tingkap sisi, serta bumbung jenis pop up yang membolehkan ruang dalaman diperbesarkan.
Selain daripada itu, model ini juga turut menampilkan meja yang boleh dilipat, ruang dapur elektrik, tempat duduk bangku yang boleh ditukarkan menjadi sebuah katil, atau dilipat untuk memaksimumkan ruang, serta tempat duduk hadapan yang boleh dipusingkan 180 darjah.
LEVC turut mengesahkan trenkuasa hibrid yang digunakan oleh e-Camper ini membolehkan ia bergerak sejauh 98 km dalam mod elektrik sahaja, atau sejauh 489 km secara keseluruhan.