Lesen Kopi O bakal tumbang kerana ujian elektronik

oleh Shahrim Tamrin|
Sistem ujian elektronik atau ‘e-testing’ untuk mendapatkan lesen memandu dan menunggang bakal diperkenalkan secara berperingkat ke seluruh negara pada suku pertama tahun hadapan.

Sistem digital ini bakal memperlihatkan ketelusan melalui pengawasan digital dan dikatakan mampu membendung masalah lesen terbang atau lesen memandu/menunggang ‘Kopi O’ untuk mendapatkan lesen pemanduan secara haram yang masih lagi berleluasa di negara ini.

Merdeka Bonanza

 

Sistem pemantauan elektronik tempatan yang dibangunkan bersama oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Heitech Padu Berhad yang ditambah baik melalui perisian dari China telah menjalani pelbagai peringkat percubaan semenjak empat tahun lalu.

 

 

jpj cctv 1

 

Kunjungan eksklusif Careta.my ke sebuah Institut Memandu yang terletak di kawasan perumahan tidak jauh dari bandaraya Johor Bahru memperlihatkan  sistem ‘e-testing’ yang memantau perjalanan berdasarkan sistem GPS, kamera CCTV di litar dan pengesan (sensor) yang berhubung dengan satelit.

Seni bina sistem ini juga dapat memantau kehadiran dan prestasi para pelajar yang memasuki kelas untuk memandu dan menunggang di litar dan mengurangkan penglibatan manusia dalam menilai prestasi pemandu/penunggang.

 

 

 

Malah, ragam atau kelancaran para pelajar ketika memandu di dalam kereta ujian juga dapat dilihat dan direkodkan dari kamera yang dipasang di dalam kabin serta sistem elektronik mengesan pergerakan dari 'sensor' dan menghantar secara langsung prestasi pelajar tersebut ketika sesi kelas atau menduduki ujian.

“Tiada pengawas atau pemeriksa JPJ diperlukan untuk berada di sebelah pemandu atau pun berada di luar kenderaan untuk beri arahan. Semua perhubungan dari dalam bilik ke pemandu melalui pembesar suara di dalam kereta,”  kata seorang pegawai tinggi JPJ.

 

 

Dari pemerhatian kami, pegawai JPJ hanya perlu berada di dalam bilik khas untuk memantau perjalanan ujian memandu tersebut melalui CCTV yang merekodkan pergerakan kereta atau motosikal di dalam litar termasuk pengawasan secara digital melalui satelit.

“Sistem elektronik akan menyimpan semua rekod berkaitan mengenai kedatangan pelajar tersebut dari waktu dia masuk KPP 1 iaitu kelas teori sehingga kepada dia menduduki KPP 2 iaitu sesi belajar serta ujian di litar,” tambah pegawai JPJ tersebut.

 

jpj 1

 

Seperti contoh, kehadiran para pelajar dan pembelajaran serta ujian di litar direkod secara digital termasuk fail digital setiap pelajar yang disimpan secara pengkomputeran awan (cloud computing) boleh dirujuk pada bila-bila masa untuk tujuan audit.

 

Difahamkan bahawa Menteri Pengangkutan Anthony Loke akan mencuba sendiri sistem elektronik ini pada esok pagi.

Antara agenda awal Loke ketika dilantik menjadi Menteri Pengangkutan adalah mengisytiharkan perang ke atas amalan lesen ‘Kopi O’ atau pakej ‘gerenti lulus’ oleh beberapa Sekolah atau Institut Memandu yang tidak bertanggungjawab.

"Kami sedar mengenai terdapat sindiket yang berani mengiklankan pakej tidak sah untuk lesen memandu di Facebook di mana mereka menawarkan sesiapa pun boleh dapat lesen tanpa perlu pergi ke kelas dan menduduki ujian,” katanya pada dua bulan lalu.

Careta.my difahamkan bahawa ‘e-testing’ akan diperkenalkan secara rasmi di tiga Institut Memandu sekitar Johor Bahru menerusi peringkat ‘pilot’ fasa pertama selama tiga bulan bermula pada penghujung Ogos sehingga November.

Kami juga dimaklumkan bahawa e-testing hanya akan diguna pakai untuk kelas dan ujian KPP 1 dan KPP 2 pada peringkat pengenalan. Sistem e-testing untuk KPP 3 iaitu ujian di atas jalanraya akan dibangunkan kelak.

 

Berita dan Jurufoto: Shahrim Tamrin

Add new comment

banner articles

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sebelum ini Careta pernah menulis mengenai kerumitan untuk meminta data-data maklumat dari pihak…
Berita Domestik
Menurut ahli parlimen Simpang Renggam itu, usaha penjualan nombor plet itu mampu menjana pendapatan…
Berita Domestik
Ketidaktentuan terhadap nasib para pekerja itu timbul setelah diberitahu oleh pihak pengurusan…