"Sepanjang empat bulan ini sebanyak lapan ekor lembu telah ditangkap di Senawang Perdana, Rasah Jaya dan Laman Sendayan oleh Majlis Bandaraya Seremban (MBS).
"Pemiliknya diberi masa tujuh hari untuk menuntut balik binatang ternakan mereka dengan bayaran RM2,000 untuk setiap ekor. Jika tidak dituntut lembu itu akan dilelong," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Ujarnya, susulan tindakan ini, tiada lagi binatang ternakan tersebut berkeliaran di kawasan berkenaan.
"Tindakan tangkapan ini bukan untuk menghukum penternak, tetapi sebagai satu pengajaran dan mendidik supaya tidak melepaskan lembu di merata tempat," katanya.
Katanya, pihak PBT mengguna pakai peruntukan ditetapkan dalam Akta Kerajaan Tempatan 1976, Undang-Undang Kecil (UUK) Pelesenan Anjing PBT dan UUK Kawalan Lembu-Kerbau PBT untuk menguruskan isu binatang terbiar serta mematuhi prosedur yang telah ditetapkan oleh Akta Kebajikan Haiwan 2015.
"Di samping itu,kerajaan Negeri Sembilan telah meluluskan Dasar Pemandulan Anjing Berlesen Dan Anjing Terbiar sebagai langkah kawalan populasi anjing di Negeri Sembilan untuk digunapakai PBT," katanya.
- lembu tak salah, yang salah tuan lembu! -