Lelongan Ford Raptor istimewa untuk program juruterbang muda

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dengan inspirasi jet pejuang Lockheed F-22 Raptor, Ford US telah mengubah sebuah Ford F-150 Raptor untuk dijadikan sebuah konsep ebrcirikan jet pejuang tersebut.

Ia dibina oleh pasukan Ford Performance yang diketuai oleh Melvin Betancourt, ketua pereka Ford.

Ford Raptor istimewa ini bukan sahaja menerima suntikan perubahan kosmetik sahaja (gril bentuk jet F-22 memang nampak wow!) tetapi enjin EcoBoost V6 dengan dua pengecas turbo itu dinaik-taraf dengan menggunakan intercooler jenis Whipple sementara sistem brek dan gantungan turut dipertingkatkan.

 

Ford Raptor F22

 

Ford berkata ada beberapa lagi modifikasi kepada enjin yang telah dilakukan tetapi mereka tidak memberitahu secara spesifik apa yang telah dibuat.

Yang pastinya, Ford Raptor istimewa ini akan dilelong kepada orang ramai sempena acara Experimental Aircraft Association (EEA) Gathering of Eagles yang berlangsung pada 27 Julai ini di AirVenture Oshkosh 2017.

Dana yang diterima akan digunakan untuk membantu program juruterbang muda di mana ia membantu ramai pelajar dan kanak-kanak akan keseronokan terbang di udara dan diharaplan ramai yang kemudian akan berminat untuk meneruskan pendidikan dalam bidang penerbangan.

Jadi sekiranya anda berminat untuk cuba membida trak konsep yang cantik ini, syarikat penerbangan negara ada menawarkan penerbangan ke New York dan ke Los Angeles.

Sekiranya kurang kemampuan, mungkin Ford Ranger dengan gril bermotifkan pesawat Pilatus atau C-130 Charlie masih mampu membuat orang terpegun.

 

Ford Raptor F22 2Ford Raptor F22 3


 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Selain itu, XR3 dijual pada harga yang berdaya saing dan gabungan ciri-ciri tersebut…
Uncategorized
Farley berkata platform baharu itu sepatutnya membolehkan Ford mengeluarkan dan menjual EV yang…
Berita Global
Dikatakan, Ford akan memberhentikan kira-kira 3,500 pekerja mereka di Jerman ketika pembuat kereta…