Lelaki pukul kepala pemandu wanita direman tiga hari

oleh Hamimah Hamid|
Lelaki yang tular videonya memukul kepala seorang pemandu wanita semasa dalam perjalanan dari Cameron Highlands menuju ke Tapah direman tiga hari.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Siti Hanun Mohamad Sah di Mahkamah Majistret Tapah bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 323, Seksyen 502 dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Lelaki berusia 29 tahun yang bekerja sebagai penyelia kilang terbabit ditahan di Serdang, Selangor. 

 

Siasatan awal polis mendapati kejadian berlaku pukul 5.33 petang kelmarin ketika pemandu wanita itu dalam perjalanan turun dari Cameron Highlands menuju ke Tapah bersama adik lelakinya yang berusia 17 tahun. 

 

Wanita terbabit hendak memotong sebuah kereta yang berada di hadapannya namun tidak dapat memotong. 

 

Tindakan tersebut menyebabkan pemandu lelaki terbabit  menunjukkan isyarat lucah sehingga jalan mula menjadi sesak berhampiran dengan pusat peranginan Lata Iskandar. 

 

Lelaki terbabit kemudian telah turun dari kenderaannya dan bertindak mengetuk cermin kereta, memarahi dan memukul kepala pengadu wanita tersebut serta mengeluarkan kata-kata ugutan.