Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, panggilan kecemasan berhubung insiden diterima kira-kira pukul 12.58 tengah hari.
Menurutnya, anggota dari Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Trong dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima laporan terbabit.
"Tiba di lokasi kejadian didapati sebuah kereta jenis Proton Waja telah terbabas di bahu jalan dan seorang mangsa lelaki telah tersepit.
"Komander operasi membuat size up dan mengarahkan anggota menggunakan peralatan menyelamat bagi mengeluarkan mangsa," katanya.
Menurut Sabarodzi, mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).