Lelaki maut kereta terbabas dalam longkang

oleh Hamimah Hamid|
SEORANG lelaki maut selepas kereta yang dipandu terbabas ke dalam longkang di jalan besar Lekir, berhampiran stesen minyak Caltex di Sitiawan pagi tadi.

Mangsa, Anuar Maarik berusia 50 tahun disahkan maut di lokasi kejadian.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, anggota bomba yang ke lokasi selepas menerima panggilan pukul 10.30 pagi mendapati mangsa tersepit. 

 

"Kemalangan jalan raya melibatkan sebuah proton wira telah terbabas ke dalam longkang menyebabkan seorang pemandu telah tersepit.

 

"Mangsa telah disahkan maut di lokasi kejadian dan disahkan oleh pegawai perubatan hospital," katanya. 

 

Ujar beliau, anggota bertindak menggunakan peralatan penyelamat untuk mengeluarkan mangsa tersepit kemudian menyerahkan mangsa kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

 

"Keseluruhan operasi tamat pada jam 11.25 pagi," katanya