Lelaki ditemui sudah meninggal 3 hari dalam sebuah Proton Wira

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Seorang lelaki ditemui meninggal dunia dalam sebuah Proton Wira oleh rakannya bertempat di Garden Homes, Seremban 2.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kejadian pada jam 7.30 pm itu berlaku apabila rakannya secara kebetulan terlihat kereta mangsa lelaki berusia 43 tahun itu di tempat parkir sebelum melihat ke dalam Proton Wira tersebut dan mendapati mayat mangsa sudah membengkak.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, rakan mangsa memaklumkan bahawa kereta itu ditemui berada di hadapan sebuah pasar raya dalam keadaan enjin masih hidup.

Menurut rakannya juga, mangsa berada di tempat penduduk pemandu dalam keadaan tidak sedarkan diri dan muka mangsa juga dilaporkan sudah membengkak serta terdapat cairan terkeluar dari hidung dan mulutnya.

 

2

 

Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, "Dia cuba membuka pintu kereta namun berkunci serta mengetuk cermin kereta tetapi mangsa tidak memberi tindak balas sebelum menghubungi MERS 999 untuk meminta bantuan,"

Beliau berkata pihaknya sudah mengenal pasti identiti lelaki itu dan siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dikesan di lokasi kejadian.

Asisten Komisioner Nanda Maarof  juga berkata, "Pembantu kesihatan membuat pemeriksaan ke atas lelaki itu mendapatinya sudah meninggal dunia lebih kurang dua ke tiga hari sebelum ditemukan.

"Hasil pemeriksaan lanjut, barang peribadi si mati berada di dalam laci papan pemuka kenderaan, manakala telefon bimbitnya berada di tempat duduk penumpang hadapan selain tiada kesan pecah pada cermin kereta."

 

Sumber: Harian Metro