Terdiri daripada lebih 1,200 bahagian individu yang perlu dipasang sendiri (kecuali kalau anda mengupah orang), set LEGO Creator Expert Aston Martin DB5 tersebut turut menampilkan ciri-ciri unik seperti mana yang dipaparkan di dalam filem.
Terdapat ciri yang paling menarik iaitu Ejector Seat yang berfungsi sekiranya pengguna menarik bumper belakang, bumbung akan menggelongsor dan kerusi akan terpelanting keluar daripada kereta.
Kemasan yang didatangkan juga cukup teliti seperti yang boleh dilihat pada pintu yang boleh dibuka, roda stereng dan meter cluster.
Pada bahagian pintu, terdapat komputer penjejak kesan diletakkan serta telefon mudah alih yang tersembunyi sebagai tribut kepada filem tersebut.