Legacy Rider 1.0 di MAEPS pada 29 Oktober bakal diiktiraf dalam Malaysia Book of Records

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Malaysia Gazette
Program Legacy Rider 1.0 yang akan berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang pada 29 Oktober 2022 dijangka akan dihadiri lebih 10,000 peminat sukan permotoran.


Wakil penganjur, Muhammad Musaddiq Mohamed Azmi berkata, pihak Malaysia Book of Records (MBR) turut dijemput bagi menyaksikan program ini sekali gus akan memberi pengiktirafan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Katanya, 10,000 peminat sukan permotoran dijangka hadir berdasarkan pembelian baju oleh peserta yang akan mengikuti karnival bersejarah itu.

 

Program yang mendapat kerjasama daripada pelbagai pihak antaranya Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) itu akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

 

“Disamping pengiktirafan daripada pihak MBR, pelbagai acara menarik akan diadakan seperti cabutan bertuah, persembahan artis popular tanah air serta kehadiran selebriti dan ikon media sosial.

 

Mengulas lanjut, Muhammad Musaddiq berkata, turut sediakan gerai-gerai jualan makanan, minuman dan juga pelbagai gerai cenderamata yang dibuka seawal 8 pagi sehingga 6 petang.

 

 

MG