LEBUHRAYA WCE SEDIA TERIMA PENINGKATAN TRAFIK MENJELANG AIDILFITRI

oleh Firdaus Razani|
Menjelang cuti perayaan Aidilfitri ini, WCE menjangkakan bilangan kenderaan akan meningkat bermula 6 April ini dan meramalkan jumlah purata trafik harian bakal mencecah 150,000 kenderaan sehari.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Oleh itu, Lebuhraya WCE menggesa semua pemandu supaya mengutamakan keselamatan dan meningkatkan tahap kesedaran di lebuh raya.

 

wce

 

Pelbagai langkah tambahan akan dilaksanakan untuk memastikan aliran trafik berjalan lancar.

Ini termasuk tiada kerja kerja pembinaan dan penyelenggaraan yang melibatkan penutupan lorong lebuh raya sehingga 17 April ini.

Antara persediaan yang dilakukan oleh WCE adalah seperti berikut;

 

  • Penyediakan jentera seperti trak tunda di beberapa lokasi strategik untuk membantu sekiranya berlaku sebarang insiden luar jangka,
  • Penambahan kakitangan sokongan dan pasukan bertindak kecemasan (ERT)
  • Pegawai peronda yang mencukupi di sepanjang lebuh raya untuk memberi sebarang bantuan kecemasan.

 

Lebuhraya WCE menyediakan kawasan hentian sebelah dengan kemudahan seperti tandas, surau dan kiosk tambah nilai di setiap plaza tol.

 

wce

 

Disamping itu juga, pondok teduhan motosikal turut disediakan di sepanjang lebuh raya bagi kemudahan dan keselamatan pengguna motosikal terutamanya ketika hujan.

Walaubagaimanapun, stesen minyak masih belum beroperasi di sepanjang Lebuhraya WCE dan pengguna dinasihatkan agar mengisi minyak yang secukupnya sebelum memasuki lebuh raya.

 

wce

 

Lebuhraya WCE sentiasa komited untuk memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya.

WCE turut menyeru semua pengguna untuk menjadikan keselamatan jalan raya sebagai komitmen dan tangungjawab bersama.

Pengguna juga dinasihatkan untuk;

  • Memastikan kenderaan anda berada dalam keadaan baik dengan melakukan pemeriksaan penyelenggaraan.
  • Patuhi had laju dan kekal jarak selamat antara kenderaan.
  • Pastikan pemandu serta semua penumpang memakai tali pinggang keledar dan
    mengunakan kerusi bayi dan kanak-kanak.
  • Memandu dengan berhati-hati dan kekal berwaspada terhadap sebarang bahaya yang mungkin berlaku, termasuk kemungkinan haiwan yang tidak dijangka melintas di jalan.
  • Rehat yang secukupnya bagi mengelakkan keletihan semasa perjalanan jauh.
  • Elakkan penggunaan telefon bimbit semasa memandu.
  • Amalkan sikap sabar dan bertolak ansur di jalan raya.
  • Muat turun Aplikasi WCE Apps untuk membantu pengguna merancang perjalanan masing-masing.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menteri Kerja Raya, Dato Alexander Nanta Linggi berkata, serentak dengan pembukaan tersebut juga…
Berita Domestik
Serentak dengan itu, Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi mengumumkan pengecualian…