"Selain itu, di KM 75.1 hala Kuala Lumpur dilanda banjir dan hanya boleh dilalui kenderaan berat sahaja.
"Turut terjejas akibat banjir di KM 74.4 (hala Kuala Lumpur) yang ditutup kepada semua kenderaan manakala KM 67.8 ditutup kerana banjir lumpur manakala KM 66.4 hingga KM 66.1 hala sama turut dilanda banjir Lumpur dan dalam proses pembersihan," ujar kenyataan tersebut.
Kenyataan itu juga memberitahu, di KM 52.4 sudah dinaiki air namun masih boleh dilalui semua kenderaan.
Dalam pada itu, di KM 113, KM 84.6 iaitu kedua-dua hala, air sudah menaiki jalan dan bahaya kepada semua kenderaan.
"Turut berdepan situasi sama di KM 84.4 di kedua-dua hala.Laluan Karak-Temerloh juga akan ditutup untuk kedua-dua hala," jelas kenyataan itu.