LEBIH SETENGAH JUTA KES KEMALANGAN JALAN RAYA SEPANJANG 2023

oleh Firdaus Razani|
SEPANJANG tempoh 1 Januari hingga 30 Disember tahun lepas, sebanyak 598,635 kes kemalangan jalan raya telah dilaporkan di seluruh negara, menurut laporan Bernama.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Mohd Nasri Omar berkata daripada jumlah itu, sebanyak 12,417 merupakan kemalangan melibatkan kematian.

"Sementara 2,331 kes membabitkan kemalangan parah dan 28,511 kemalangan ringan, manakala selebihnya hanya melibatkan kerosakan pada kenderaan," katanya kepada pemberita selepas Operasi Ambang Tahun Baharu di Plaza Tol Jalan Duta di sini awal pagi tadi.

Beliau berkata Selangor mencatatkan jumlah kes kemalangan tertinggi dengan 173,129 kes, diikuti Johor (87,370 kes) dan Kuala Lumpur (72,701 kes).

Menurut beliau, Selangor juga mencatatkan jumlah kematian paling tinggi dengan 2,092 orang, kemudian Johor (2,010) dan Perak (1,321).

Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui JSPT telah melaksanakan operasi bersepadu ambang tahun baharu secara besar-besaran di seluruh negara melibatkan semua kontinjen dan daerah bermula 8 malam hingga 5 pagi tadi.

Operasi itu melibatkan 4,378 pegawai dan anggota PDRM selain pelbagai agensi penguat kuasa seperti Jabatan Pengangkutan Jalan, Agensi Antidadah Kebangsaan, Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Imigresen Malaysia.

 

SUMBER : BERNAMA

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  "Mengikut pecahan jenis kenderaan, kereta mencatatkan angka tertinggi kemalangan iaitu 1,790…
Informasi
  “Semalam (Isnin), 24 April sebanyak 1551 kes kemalangan berlaku melibatkan 2,327 kenderaan, yang…
Informasi
  Kemalangan adalah isu serius lantaran menyebabkan anak kehilangan ibu bapa, suami kehilangan…