Lebih RM260,000 saman trafik dilunas sempena diskaun 50 peratus

oleh SALINA JALIL|
Polis merekodkan kutipan bayaran saman trafik berjumlah RM264,790 dalam tempoh dua hari pelaksanaan tawaran diskaun 50 peratus sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Selangor yang berlangsung sekitar pekarangan Stadium Shah Alam, di Shah Alam, bermula semalam (Jumaat).


Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, setakat jam 4 petang tadi, sebanyak 2,392 keping saman trafik atas pelbagai kesalahan telah dilunaskan orang ramai di lokasi berdekatan tapak khemah jualan dan kaunter bayaran saman trafik di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.
AION MREC Banner Campaign May 2024

 

Katanya, tawaran diskaun tersebut akan berakhir esok (Ahad) dan orang ramai boleh menyelesaikan tunggakan saman trafik dengan berkunjung ke AKM Selangor atau di IPD Shah Alam dari jam 9 pagi hingga 4 petang.

 

"Semua kesalahan saman trafik akan diberi pengurangan kecuali kesalahan kemalangan; kesalahan kategori tidak boleh dikompaun; berstatus perbicaraan; kenderaan berat; memotong secara merbahaya; menggunakan lorong kecemasan; tidak patuh lampu isyarat merah; memotong di garis berkembar dan pengubahsuaian ekzos kenderaan,” katanya pada Bernama.

 

 

Bernama

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
“Mereka akan dituduh mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan (perbuatan yang membahayakan nyawa atau…
Berita Domestik
"Hasil siasatan mendapati klip video tersebut telah tular melalui laman sosial X dan telah dimuat…
Informasi
"Laluan yang akan digunakan membabitkan 40km dalam Pusat Bandar Kuala Lumpur manakala selebihnya…