Lebih 16 juta kenderaan masih tidak menukar inflator beg udara di Amerika

oleh Muhamad Hanif|
Sebanyak 278 kes kecederaan melibatkan beg udara Takata telah dilaporkan di Amerika, menurut kenyataan terkini yang dikeluarkan oleh Senator Demokratik Amerika, Bill Nelson.
Promosi Duit Raya

Tambahan lagi, angka terkini kematian yang disebabkan oleh kes yang sama kini bertambah menjadi 15 kes.
 


National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA) sebelum ini telah mengambil langkah memanggil semula kenderaan yang terlibat pada tahun 2015.

Namun, sehingga 30 Mac yang lalu, terdapat lebih 16.4 juta kenderaan yang masih tidak menukar inflator beg udara yang masih bergerak di atas jalan. 

Inflator yang bermasalah itu dikatakan akan meletup dengan daya yang berlebihan dan mengakibatkan serpihan logam terkeluar yang boleh menyebabkan kecederaan. 
 

Kempen panggil semula itu merupakan kempen panggilan terbesar yang pernah dicatatkan di dalam industri automotif sehingga mengakibatkan syarikat Jepun itu memfailkan perlindungan muflis pada Jun 2017.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Nelson lagi, Florida mencatatkan kes tertinggi kecederaan berkaitan dengan inflator bermasalah itu. 

Sumber: Autoblog

Add new comment

banner articles

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut laporan yang dikeluarkan oleh pihak Media, Menteri Pengangkutan Anthony Loke telah…
Berita Domestik
Kenyataan tersebut dibuat setelah pemeriksaan dibuat bersama pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM…
Berita Domestik
  Honda Malaysia telah mengesahkan semasa pemeriksaan dengan Polis Diraja Malaysia bahawa inflator…