"Anggota polis kemudian menahan sebuah Perodua Bezza yang melalui sekatan untuk pemeriksaan.
"Namun pemandu kereta terus memecut laju kenderaan sebelum merempuh sebuah motosikal ditunggang lelaki tempatan yang melalui sekatan sama," katanya dalam kenyataan malam ini.
Berikutan kejadian itu, Mohamad Fakhrudin berkata, polis kini sedang mengesan pemilik kereta bernombor pendaftaran WD2343E untuk siasatan lanjut.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Beliau meminta pemilik atau pemandu kereta tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Penolong Pegawai Penyiasat Trafik Sarjan Azaruddin Mokhtarzad di talian 011-11713436.