Larangan bawa pembonceng dilaksanakan di Karnataka, India

oleh Mohamad Hanif|
Sebuah negeri di Selatan India, Karnataka kini melarang kehadiran penumpang pada motosikal yang berkapasiti 100 cc ke bawah bagi mengelakkan kemalangan jalan raya.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Arahan terbaharu tersebut dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan yang menyebut mana-mana pendaftaran baru bagi motosikal atau skuter yang bersaiz 100 cc ke bawah tidak lagi dibenarkan untuk membawa pembonceng belakang. 
 

Ini bermakna, semua motosikal dan skuter yang terbabit hanya akan mempunyai tempat duduk tunggal sahaja, dan mana-mana motosikal yang masih mempunyai tempat duduk penumpang belakang tidak akan dibenarkan untuk meneruskan pendaftaran. 

Langkah ini diambil bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya yang agak tinggi melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal terutama melibatkan golongan muda. 

Motosikal merupakan antara mod pengangkutan utama di kawasan Bengaluru, Karnataka dengan kepadatan populasi sebanyak 8.42 juta penduduk, hampir dua kali ganda populasi rakyat Singapura masa kini. 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Mengikut laporan media Indonesia, tiga beranak itu bertolak daripada rumah bersama sebelum…
Berita Domestik
    Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, pasukan…
Berita Domestik
  Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, video yang tular…