Laporan: Program CKD Mazda CX-30 bermula 2022, lebih murah RM15k!

oleh Mohamad Hanif|
Mazda CX-30 merupakan penawaran crossover terbaharu Mazda Malaysia yang dilancarkan secara rasmi pada awal tahun 2020, namun kesemua varian yang didatangkan merupakan unit import sepenuhnya (CBU).
AION MREC Banner Campaign May 2024

Disebabkan itu, harga jualan untuk Mazda CX-30 sedikit mahal jika dibandingkan dengan pesaing-pesaing di dalam segmen crossover.

Namun laporan terbaharu daripada AmInvestment Bank dan Public Investment Bank yang dipetik oleh rakan media Paultan mendedahkan Bermaz Auto telah mendapat lampu hijau daripada Mazda Jepun untuk memulakan program pemasangan tempatan (CKD) bagi model crossover tersebut tahun ini.

Ini menjadikan Mazda CX-30 model terbaharu yang dipasang di Kulim selepas model CX-5 dan model CX-8.

 


Program CKD untuk Mazda CX-30 itu dijangka bermula seawal Disember 2021, dan laporan daripada AmInvestment Bank mencadangkan harga jualan bagi model CKD itu adalah RM15 ribu lebih murah jika dibandingkan dengan model CBU yang dijual pada ketika ini.

Mazda CX-30 CBU ditawarkan dalam empat varian utama, tiga daripadanya menggunakan enjin petrol 2.0 liter Skyactiv-G dengan julat harga bermula dari RM143,759 sehingga RM176,059, manakala versi tunggal diesel Skyactiv-D pula dijual pada harga RM172,943.

Kemaskini: Pihak Mazda Malaysia mengesahkan bahawa program CKD untuk Mazda CX-30 akan bermula pada tahun 2022.

Sumber: Paultan

Berita Berkenaan

Pelancaran
Menggunakan enjin B48 4-silinder dengan bantuan sistem hibrid ringkas 48V, ia memberikan tenaga…
Model Terbaharu
Direka khas untuk litar Nürburgring-Nordschleife, mode “Special” memberikan Golf R talaan yang…
Berita Domestik
Selain dari itu, Chen juga berkongsi bahawa satu unit Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) juga…