Langgar polis hingga parah, pekebun didakwa

oleh Hamimah Hamid|
LELAKI yang melanggar seorang anggota polis sehingga cedera parah Isnin lalu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini.

Tertuduh, T Kuna, 34 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ainul Shahrin Mohamad.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mengikut pertuduhan, Kuna yang bekerja sebagai pekebun dengan sengaja telah mendatangkan kecederaan parah terhadap Lans Koperal Muhammad Dzulfaizi Dzulkafli 34 tahun.

 

Tertuduh telah melanggar mangsa menggunakan sebuah kereta jenis Proton Iriz pada 4 Februari 2024 kira-kira pukul 8 malam.

 

Perbuatan itu dilakukan di hadapan kebun ladang sawit, Jalan Chemor, Tanjung Rambutan dekat Ipoh.

 

Bagi kesalahan terbabit tertuduh didakwa di bawah seksyen 326 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebat jika sabit kesalahan.

 

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 Mac depan untuk sebutan semula kes.