Langgar dari belakang sama bahayanya dengan perlanggaran hadapan

oleh SALINA JALIL|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kemalangan memang tidak berbau dan amat menggerunkan apabila kita melihat gambar-gambar kecederaan dari kemalangan tersebut.

Angka kemalangan juga semakin meningkat terutama di negara kita sendiri.  Kita juga seringkali menganggap bahawa sekiranya kemalangan 'head-on collision' iaitu kemalangan dari bahagian hadapan kenderaan, impaknya lebih teruk dari kemalangan dari bahagian belakang kenderaan (rear-end accident).

Sebenarnya terdapat beberapa kecederaan yang perlu diberi perhatian sekiranya terjadi kemalangan dari arah belakang bahagian kenderaan anda. Menurut laporan dari sebuah portal di luar negara, terdapat beberapa jenis kecederaan yang memudaratkan sekiranya dipandang remeh. 

Enam kecederaan yang memerlukan perhatian anda adalah:-

Sentakan (whiplash)

1.  Sentakan (whiplash)
Kecederaan sentakan dilaporkan menjejaskan kira-kira 20% daripada semua mangsa kemalangan yang terjadi dari arah belakang bahagian kenderaan. Kecederaan sentakan ini melibatkan kecederaan pada tulang belakang. Lazimnya, kecederaan sentakan adalah yang paling parah pada pemandu atau juga kesemua penumpang kereta yang terlibat dalam kemalangan tersebut. Ini adalah kerana pemandu dan penumpang biasanya tidak menyedari kemalangan bakal berlaku sebelum ia benar berlaku, dan di dalam posisi yang 'tidak dijangka', pihak terlibat tidak berada di dalam posisi bersiap sedia dan ini menyebabkan kecederaan pada tulang belakang kerana tidak dapat mempersiapkan diri dari kesan impak kemalangan.

kecederaan kepala

2.  Kecederaan Kepala
Bergantung kepada kelajuan relatif dan kuasa kenderaan yang terlibat dalam kemalangan dari arah belakang kenderaan, kecederaan di kepala boleh menjadi teruk. Walaupun terdapat beg udara di kenderaan tetapi implikasi dari gegaran akibat kemalangan boleh menyebabkan gegaran otak, pengsan, luka dalaman bahagian otak.

kecederaan otak

3.  Kecederaan Otak
Kecederaan otak biasa terjadi semasa kemalangan dari bahagian belakang kenderaan. Bahagian kepala adalah paling mudah terdedah kepada kecederaan dalam kemalangan dari arah bahagian belakang kenderaan, bahagian otak boleh cedera walaupun beg udara berfungsi dengan betul. Bergantung kepada trauma kepala, fungsi bahagian otak boleh dan akan terjejas.

kecacatan wajah

4.  Kecacatan Wajah
Kecacatan muka boleh menjadi lebih daripada isu kosmetik. Jika wajah anda tercedera disebabkan oleh objek-objek keras pada bahagian kenderaan anda atau kecederaan yang disebabkan oleh beg udara itu sendiri, anda boleh berhadapan dengan masalah jangka panjang yang serius. Anda memerlukan pembedahan dan rawatan menyeluruh seperti pembedahan kosmetik yang memerlukan kos yang tinggi.

kecederaan tangan

5.  Kecederaan Tangan, Pergelangan Tangan dan Lengan
Kebiasaannya semasa kemalangan, kedudukan tangan pemandu adalah di bahagian stereng. Sekiranya terjadi kemalangan pada waktu ini, kebarangkalian kecederaan akan menyebabkan patah di bahagian lengan, pergelangan tangan, tangan atau jari. Impak perlanggaran juga boleh membuat tangan anda beralih dari stereng ke bahagian lain kereta tanpa disangka dan ini boleh menyebabkan patah tulang. Kecederaan yang sama boleh dialami oleh penumpang lain di dalam kereta, bergantung kepada kedudukan lengan dan tangan mereka dan sama ada mereka terhumban ke bahagian lain di dalam kenderaan tersebut. 

kecederaan tali pinggang keledar

6.  Kecederaan dari tali pinggang keledar
Walaupun penggunaan tali pinggang keledar diwajibkan oleh undang-undang untuk pemandu dan penumpang di dalam kenderaan yang bergerak dan mempunyai potensi untuk menyelamatkan nyawa anda dalam kemalangan, tetapi ia juga boleh menyebabkan kecederaan serius ketika kemalangan dari arah belakang kenderaan yang disebabkan impak dari kemalangan itu sendiri.  Ini adalah disebabkan semasa kemalangan, tali pinggang keledar akan diketatkan bagi mengekalkan kedudukan anda di tempat duduk dan ini boleh mendatangkan kecederaan pada tubuh badan sendiri seperti lebam dan luka dan memerlukan rawatan perubatan.  

Semoga perjalanan kita sentiasa selamat dan dibawah lindunganNya. Amin.

 

*artikel dari laman web dunkleyinjurylaw.com

Berita Berkenaan

Berita Global
Daripada maklum balas yang diterima @straits_times, AIG berkata keputusannya dibuat berdasarkan ‘…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kemalangan dipercayai…
Berita Global
Menurut NTSB, maklumat awal menunjukkan Ford Mustang tersebut melanggar bahagian belakang sebuah…