Land Rover masih tidak dapat halang Evoque celup China

oleh Careta.my|
LANDWIND-EVOQUE-CARETA
LANDWIND-EVOQUE-CARETA
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Land Rover nampaknya masih tidak mendapat kebenaran dari pihak undang-undang China untuk menghalang penjualan model Landwind X7 yang mempunyai rekabentuk menyerupai model Evoque. Menurut CEO Jaguar Land Rover (JLR), Ralf Speth yang ditemuramah oleh media Eropah semasa di pameran automotif Shanghai Autoshow minggu lalu, syarikat UK milik Tata itu masih tidak berjaya menghalang Jiangling Motors, syarikat emilik Landwind dari menjual model X7 tersebut. Ralf berkata tiada kemajuan dalam usaha JLR untuk menghalang Landwind. "Kami akan terus berjuang demi kebenaran," ujarnya.   [caption id="attachment_28677" align="aligncenter" width="620"]Ini bukan Range Rover Evoque ya. Ini Landwind X7! Ini bukan Range Rover Evoque ya. Ini Landwind X7![/caption] [caption id="attachment_28678" align="aligncenter" width="620"]Bahagian belakang juga seiras. Bahagian belakang juga seiras.[/caption]   Pihak berkuasa China membatalkan hakcipta Land Rover atas model Evoque yang dipasang oleh JLR di China dan juga di UK. Landwind dikatakan menerima sambutan yang hangat untuk model X7 itu. Nampaknya kerajaan China mengalami masalah penglihatan yang serius kerana semasa Careta berada di pameran Shanghai Autoshow itu, model Landwind X7 ini memang sangat mirip seperti Evoque. Mungkin pembalasan di akhirat sahaja jawapannya. Sementara itu, masih tiada berita terkini akan kes Proton dan rakan-rakan kongsi mereka di China yang dikhabarkan memberikan masalah sehingga syarikat negara kerugian jutaan Dollar. landiwnd X7 careta 2 evoque