Land Rover dedah info pengganti Defender

oleh Mohamad Hanif|
Sejak model terakhir Defender keluar dari kilang produksi Land Rover pada 29 Januari 2016, hampir tiada kedengaran info atau imej risikan berkenaan model pengganti kenderaan ikonik pacuan empat roda itu.

Namun, ketika pembukaan cawangan baru Jaguar Land Rover (JLR) di New Jersey, Amerika, mereka telah menunjukkan imej acah yang menunjukan kemungkinan pengganti Defender bakal mengambil bentuk.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Pertunjukan slide itu memaparkan barisan keluarga di bawah Land Rover iaitu Range Rover, Discovery dan model ikonik Defender.

Berdasarkan imej tersebut, berkemungkinan besar pengganti Defender mengekalkan imej tradisi kekotakan yang diwarisi daripada generasi sebelumnya. 

Menurut Joe Eberhardt, presiden JLR Amerika, model pengganti Defender itu bakal dipasarkan ke seluruh dunia. 

Sumber: Automotive News

Berita Berkenaan

Berita Domestik
LROM ialah kelab Land Rover berdaftar yang pertama di Malaysia dan ahlinya terdiri dari "otai-otai…
Berita Global
  Walaupun terbuka, Okavango mempunyai bumbung atas boleh alih yang melindungi kabin dengan…
Berita Global
  Land Rover Series IIA dikeluarkan dari 1961 hingga 1971 dan satu daripada 'Len Roba' yang…