Land Rover bina SUV Penyelamat Discovery khusus buat Palang Merah Austria

oleh Mohamad Hanif|
Dalam tujuan menyelamatkan nyawa seseorang, sesebuah kenderaan kecemasan perlulah bersiap siaga untuk menghadapi sebarang kemungkinan termasuklah merentasi bentuk muka bumi yang pelbagai.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk itu, Land Rover yang telah lama bekerjasama dengan pasukan Palang Merah Austria sejak tahun 1954 menghasilkan sebuah Discovery yang ditugaskan sebagai kenderaan penyelamat bagi agensi tersebut. 

Menerusi divisyen Land Rover Special Vehicle Operations, mereka telah mengambil masa kira-kira 18 bulan untuk merealisasikan projek SUV Penyelamat ini menjadi sebuah kenderaan pelbagai guna. 
 


Land Rover Discovery ini turut dilengkapi dengan sistem dron yang dilengkapi dengan ciri antena komunikasi radio berbilang frekuensi, sambungan hotspot WiFi, serta fungsi telefon satelit. 

Sistem kamera peka haba jarak jauh turut dilengkapkan bagi mengesan punca haba daripada kenderaan yang terjejas sejauh 800 meter atau punca haba daripada mangsa sejauh 400 meter, seterusnya memberikan koordinat lokasi kejadian kepada para penyelamat. 
 


Menurut Land Rover, sistem dron ini mampu mengurangkan kadar masa yang diambil untuk mencari dan menyelamat ketika kejadian yang tidak diingini berlaku, dan dengan keupayaan Discovery sebagai kenderaan off-road yang cemerlang, ia mampu bergerak dengan lebih lincah di jalan yang tidak dapat diakses oleh kenderaan penyelamat yang biasa digunakan. 
 


Land Rover Discovery Palang Merah Austria ini sebenarnya dibangunkan daripada konsep asal Project Hero yang diperkenalkan kepada umum pada tahun 2017 sempena acara Geneva Motor Show. 
 


Menurut pengarah urusan Jaguar Land Rover Special Operations, Michael Van Der Sande berkata, "penglibatan dan kerjasama yang telah terjalin sejak 1954 ini bertujuan untuk memudahkan dan membantu agensi Palang Merah menjalankan tugas operasi menyelamatkan nyawa dengan bantuan teknologi yang kami ada."

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Rekaan signatur Land Rover masih lagi dikekalkan dan diserikan dengan penampilan lampu utama LED…
Berita Global
Jika beberapa bulan yang lalu, kami pernah menyiarkan sebuah projek kemanusiaan Land Rover…
Uncategorized
Enjin empat silinder berkuasa turbo twin-scroll ini mampu menghasilkan 240 PS dan daya kilas 340 Nm…