Land Cruiser Prado 2018 - facelift 

oleh HEZERI SAMSURI|
Toyota Land Cruiser Prado memang satu model lagenda di mana-mana.

Prado ialah versi kecil untuk Land Cruiser V8 yang banyak digunakan oleh usahawan di Malaysia.

Ia umpama versi Land Rover Discovery kepada Toyota - kuat, lasak dan mewah. Di Malaysia, pasaran untuk Land Cruiser Prado cukup kuat walaupun UMW Toyota tidak membawa masuk model ini kerana sebab-sebab misteri dan mungkin kerana model Fortuner lebih sesuai untuk pasaran ini.
Kawasaki Legend Reborn

Apa istimewanya Land Cruiser Prado ialah ia selesa dan seperti kebanyakan model Toyota, ia lasak dan tidak akan menakutkan pemiliknya dengan bil servis yang mahal.

Baru-baru ini Toyota telah memperkenalkan varian terbaharu untuk Land Cruiser Prado di pameran Frankfurt Motor Show.

Walaupun hanya sekadar facelift, ia masih menarik minat ramai penggemar 4X4 dan juga taukeh balak.

Di bawah ialah antara perubahan yang telah dilakukan:

  • Bahagian hadapan serba baharu, lengkap dengan lampu LED DRL dan gril mewah.
  • Ia nampak lebih tinggi kerana bamper hadapan memang diletakan tinggi sedikit bagi memuatkan lampu sepet itu. Walaupun kerangka tidak berubah, panjang badan kini ditambah 60 mm dari model sebelumnya.
  • Lampu belakang dengan LED disesuaikan dengan bamper belakang serba baharu.
  • Roda aloi baharu datang dalam dua jenis - rim 6 batang dalam saiz 17 atau 18 inci serta rim 12 batang bersaiz 19-inci.
  • Papan pemuka serba baharu yang menampakan kemewahan ala Eropah.
  • Skin sesentuh lapan inci untuk sistem infotainment. Maaf, DUA skrin sesentuh lapan inci.

 

  • Skrin TFT berwarna antara meter utama.
  • Bahagian kabin lengkap dengan ambient lighting dari LED, seperti lampu siling pada Vellfire dan ehem ... Innova X.
  • Teknologi Safety Sense yang lengkap dengan amaran pre-collision, pedestrian detection, adaptive cruise control, lande departure alert dan lampu tinggi automatik. Blind Spot Monitoring dan Rear Cross Traffic juga ada.
  • Enjin-enjin yang ditawarkan ialah enjin 2.8L turbodiesel, enjin 2.7L petrol dan enjin 4.0L V8 petrol.

*Gambar-gambar dari Net Car Show

Add new comment

banner articles