Lambretta akan tiba di Malaysia: 10 benda kau kena tahu!

oleh Firdaus Razani|
Lambretta baharu sahaja mengumumkan bahawa ia akan memasuki ke pasaran secara rasmi di Malaysia.

Sebagai jenama ikon yang menggabungkan keanggunan klasik Itali dengan tema moden-retro yang bergaya, rangkaian skuter Lambretta menawarkan stail yang berkekalan sepanjang zaman.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Dengan sejarah yang terus memikat peminat di seluruh dunia, Lambretta bersedia untuk menawarkan kepada rakyat Malaysia gabungan model klasik dan kontemporari.

 

lambretta

 

Lambretta bakal membuka lima kedai rasmi di Malaysia, yang terletak secara strategik di seluruh negara termasuk Kuala Lumpur, Johor Bahru, Pulau Pinang dan Kuching.

Mungkin pembaca generasi terkini tidak pernah dengar atau tidak pernah tahu kewujudan jenama ini dalam industri automotif global, jadi, ini 10 perkara yang perlu anda tahu

 

  1. Lambretta diasaskan pada tahun 1947 oleh Dr. Ferdinando Innocenti dan mendapat inspirasi daripada skuter Cushman berwarna hijau zaitun.

 

  1. Dinamakan Lambretta sempena sprite air mitos yang dikaitkan dengan Sungai Lambro, yang mengalir berhampiran dengan pinggir bandar Milan

 

  1. Skuter Lambretta telah digunakan secara meluas di Itali semasa zaman peperangan.

 

  1. Lambretta juga merupakan skuter pertama menggunakan brek cakera berbanding pesaingnya, Vespa.

 

  1. Enjin Lambretta tidak disambungkan terus ke roda belakang, sebaliknya memacunya dengan gaya motosikal melalui kotak gear tiga kelajuan dan rantai.

 

  1. Pada tahun 1950, Lambretta memperkenalkan trailing-link front suspension dan torsion-bar suspension untuk roda belakang.

 

  1. Pada tahun 1969, Lambretta menampilkan skuter dengan enjin paling berkuasa ketika itu dengan sesaran 200cc dua lejang tunggal dengan pencucuhan elektronik.

 

  1. Innocenti menjual barisan pengeluaran kepada kerajaan India, yang seterusnya mencipta Scooters India Limited, atau SIL, dan mengekalkan nama Lambretta sehingga 1998.

 

  1. Innocenti pernah muflis, dan aset itu dijual dengan mudah kepada Alessandro de Tomaso.

 

  1. Thailand juga mempunyai saham dalam syarikat dan bertanggungjawab dalam pembuatan.

 

Hari ini, Lambretta masih menjadi lambang subkultur Mod, mewakili skuter sebagai kenderaan Mod yang hakiki dan memperlihatkan gaya Itali yang unik pada era tersebut.

Era baharu skuter Lambretta menggabungkan keanggunan, fungsi, dan estetik yang kekal sepanjang zaman.

 

lambretta

 

Dengan gaya klasik, Lambretta memberi penghormatan kepada asal usulnya sambil menggabungkan estetik berkekalan sepanjang zaman dengan inovasi kontemporari.

 

lambretta

 

Ia juga mempersembahkan seni bina monocoque unik yang menandakan garis ketangkasan dan kekuatan yang tidak terputus melalui setiap lengkung dan kontur.

Model-model baharu yang akan dilancarkan di Malaysia seperti Lambretta X250 dan G350 akan memancarkan keanggunan dan eksklusiviti, mewakili puncak warisan skuter Lambretta.

 

Baca lebih terperinci mengenai Lambretta di Cycleworld.

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Selain dari fesyen, Wak Doyok juga terkenal dengan koleksi kenderaan beliau yang unik dan menjadi…
Gaya Hidup
  "Minat dengan vespa ini sejak dari sekolah lagi, saya dapatkan sebiji dari bapa dan saya mula…
Gaya Hidup
Pada Ahad yang lalu, Komiti Pakatan Vespa Utara telah menganjurkan satu acara untuk mengumpul…