Lamborghini sudah jual 10,000 unit Aventador

oleh HEZERI SAMSURI|
Syarikat supercar Itali, Lamborghini sudah menjual lebih dari 10,000 unit model utama mereka, Aventador.

Dilancarkan dalam tahun 2011, supercar berusia sembilan tahun ini dilancarkan dengan enjin V12 6.5 liter yang menghasilkan 700 hp dan mampu memecut dari pegun ke 100 kmsj dalam masa 2.9 saat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Halaju maksimum ialah 350 kmsj, jika pemiliknya mempunyai jalan yang cukup panjang dan juga keberanian.

Sehingga ke hari ini, tidak ada perancangan model pengganti Aventador. Apa yang pasti, undang-undang pelepasan asap kenderaan yang semakin ketat mungkin akan menyukarkan Lamborghini untuk menggantikan kereta idaman itu.

Hanya ada beberapa kenderaan di dalam dunia ini yang mampu kelihatan sedang bergerak pada 500 kmsj walaupun ketika sedang parkir di hadapan pasar.

 

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Dua tahun selepas telefon pintar Tauri88 dikeluarkan, kini Tonino Lamborghini telah mengeluarkan…