Lamborghini pernah hasilkan motosikal dan tiada siapa yang membelinya!

oleh Afandi Che Muhamad|
Lamborghini Design 90. Itulah nama model motosikal yang pernah dihasilkan jenama berpengaruh dunia tersebut pada tahun 1986.

Difahamkan, inisiatif pembinaan motosikal berkenaan digerakkan sebagai langkah mengembangkan portfolio penawaran syarikat tersebut ketika itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Nama Lamborghini Design 90 tiba-tiba muncul semula baru-baru ini kerana ia dilaporkan menjalani proses lelongan di sebuah muzium dekat United Kingdom.

Menyedihkan bagi motosikal itu adalah ia tetap gagal dilelong biar pun sudah menjangkau usia 32 tahun, tahun ini.

Kenapa ya? 

Bercerita lebih lanjut mengenai motosikal terhad itu, Lamborghini Design 90 dihasilkan sebanyak enam unit sahaja untuk pasaran global.

Pada awal penawaran model berkenaan, Lamborghini meletakkan tag harga jualan asas berjumlah $13,500 (RM74,309).

Harga tersebut disifatkan sebagai terlalu mahal ketika itu.

Meski pun digerakkan nadi enjin empat silinder sebaris bersesaran 1,000cc dan berupaya menghamburkan kuasa maksima setinggi 120Hp, tetap tiada yang berminat untuk membelinya.

Antara penyebab motosikal berkenaan gagal dijual adalah disebabkan mekap gayanya yang agak hodoh.

Tidak dinafikan bahawa rekaan pembuat motosikal kelahiran Perancis, Boxer itu ternyata kurang menarik dan tampak seakan-akan 'kuda kepang'.

Jadi tidak menghairankan jika ia masih gagal dijual bertahun-tahun lamanya.

Berita Berkenaan

Berita Global
Lamborghini Huracán STO   Akronim model Lamborghini suatu yang menarik dan STJ singkatan …
Berita Global
Menurut Lamborghini, identiti logo baharu itu akan digunakan pada semua keretanya mulai sekarang…
Berita Global
  Walaupun berusia, 350 GT kekal anggun yang merupakan hasil rekaan dan dikeluarkan oleh …