Lamborghini panggil semula supercar Centenario akibat masalah kesilapan label

oleh Mohamad Hanif|
Recall atau kempen panggil semula model kereta yang terlibat kini sudah menjadi lumrah bagi setiap pengeluar bagi mengelakkan insiden yang lebih buruk akibat kegagalan sesuatu komponen berfungsi.

Namun begitu, lain pula ceritanya dengan pengeluar supercar daripada Itali, Lamborghini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut satu laporan yang dikeluarkan oleh National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA), Lamborghini memanggil semula 11 unit Centenario atas sebab kesilapan label berat kasar kenderaan (Gross Vehicle Weight Rating) yang dilekatkan pada badan supercar tersebut. 

 

Kempen panggil semula itu akan menghubungi setiap pemilik Centenario untuk menggantikan label berat yang betul secara percuma. 

Supercar daripada pengeluar Itali itu dibina sebanyak 40 unit terhad itu dikuasakan oleh enjin beraspirasi natural bentangan V12, menghasilkan sejumlah 770 kuasa kuda dengan catatan masa 0-100 km/j sepantas 2.8 saat. 

Mungkin kempen panggil semula ini tidak dihiraukan sangat oleh para pemiliknya oleh kerana kereta ini bukan dibina untuk memuatkan terlalu banyak penumpang Grab.

Atau mungkin penumpang sebelah sudah ditinggalkan di tepi kerana terlalu takut dengan kelajuan supercar tersebut. 

Sumber: Jalopnik

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Lamborghini Huracán STO   Akronim model Lamborghini suatu yang menarik dan STJ singkatan …
Berita Global
Menurut Lamborghini, identiti logo baharu itu akan digunakan pada semua keretanya mulai sekarang…
Berita Global
  Walaupun berusia, 350 GT kekal anggun yang merupakan hasil rekaan dan dikeluarkan oleh …