Lamborghini mungkin naik taraf Aventador dengan sistem aerodinamik aktif?

oleh Afandi Che Muhamad|
Februari lalu, dunia dikejutkan dengan penampilan imej prototaip Lamborghini Aventador lengkap dengan aplikasi sistem aerodinamik aktif dikenali sebagai Aerodinamica Lamborghini Attiva (ALA) baharu.
Merdeka Bonanza

Jika diteliti, sistem yang diterapkan pada kereta berkenaan kelihatan sama seperti sistem digunakan Huracan Performante.

Memetik laporan Road and Track, Lamborghini tidak menafikan mengenai desas-desus yang tersebar.

Ketua Pegawai Teknikal Lamborghini, Maurizio Reggiani (gambar) berkata, pihaknya kini giat mengembleng tenaga bagi menjayakan usaha menaik taraf Lamborghini Aventador dengan platform baharu bersama sistem berkenaan.

"Sudah tiba masanya bagi Lamborghini Aventador untuk menerima kelebihan sama seperti Huracan Performante memandangkan tahun ini merupakan tahun ketujuh sejak ia diperkenalkan kepada umum.

"Tujuh tahun bukan lah satu jangka masa yang singkat bagi segmen kenderaan berprestasi tinggi seumpamanya. Saya berpendapat platform baharu ini membolehkan prestasi supercar tersebut lebih baik," katanya.

Mengulas lanjut, Reggiani menegaskan varian baharu Lamborghini Aventador yang bakal diperkenal nanti masih akan menggunakan nama sedia ada dan tiada penambahan perkataan 'Performante' dilakukan terhadapnya.
 
Tambah Reggiani, nama Peformante dicipta khusus hanya untuk model Huracan.

Terdahulu, sistem ALA yang diaplikasi itu adalah jenis boleh laras dan berfungsi bagi mendapatkan beban aerodinamik semasa tekanan daya bawah (downforce) tinggi atau seretan rendah.

Kehadiran sistem itu membolehkan Lamborghini memperbaiki prestasi Aventador sama ada di atas litar mahu pun jalanan.

Add new comment

banner articles

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan yang didapati menerusi media sosial, Huracan Performante berwarna deep blue itu…
Berita Global
  Salah satu kaedah yang dipraktiskan oleh syarikat China ialah menguasai syarikat ternama seperti…
Berita Global
Keadian tersebut berlaku di Allanbrooke Road menuju ke Cove Avenue pada 4.50 petang semalam.