Usah keliru, Lamborghini Huracan Evo ini bukanlah bertujuan untuk mengejar penjenayah macam filem tak masuk akal Fast & Furious, sebaliknya ia berperanan sebagai follow-me car yang akan memberikan panduan kepada pesawat sebelum berlepas atau selepas mendarat.
Jentera Huracan Evo itu menampilkan liveri kustom yang dihasilkan oleh Lamborghini Centro Stile dengan kemasan warna Arancione Matt, ayat 'Follow Me in Our Beautiful Country' dan bendera Itali.
Tidak ketinggalan, ia juga dilengkapi dengan segala peralatan komunikasi yang lazim dimuatkan pada sesebuah kenderaan yang ditugaskan di lapangan terbang.