Lakar jalan cerita raya anda bersama Toyota

oleh Mohamad Hanif|
Sempena musim perayaan yang bakal tiba tidak lama lagi, UMW Toyota ingin menjemput rakyat Malaysia di dalam kempen terbaru mereka "Mula Jalan Cerita bersama Toyota".
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Promosi yang berlangsung sepanjang bulan Jun 2018 ini memberikan tawaran yang terbaik dengan harga baharu berkadar sifar peratus GST. 
 

Serentak dengan itu, Toyota akan mengeluarkan sebuah video "Jalan Cerita Raya" untuk mengimbau perjalanan tahun-tahun penuh bersejarah jenama Toyota bersama rakyat Malaysia menerusi laman web mikro jalancerita.toyota.com.my.

Untuk pembelian model terbaharu, Toyota kini menawarkan kadar penjimatan sehingga RM3,500 dan aksesori percuma yang bernilai RM5,790 yang tertakluk kepada model terpilih sahaja. 

Selain daripada itu, pembelian baharu model Toyota juga turut ditawarkan duit raya berjumlah RM500 untuk mana-mana kereta sedan dan MPV. 
 


Bagi pelanggan yang memerlukan bantuan pembiayaan pinjaman, Toyota Capital menyediakan dua plan iaitu

  • Toyota 2-tier Plan - bayaran ansuran bulanan kepada graduan
  • Toyota Drive - pakej pembiayaan dengan tawaran penjimatan yang lumayan

Setiap pembelian model Toyota didatangkan dengan jaminan 5 tahun tanpa had perbatuan (kecuali Hilux dengan jarak perbatuan 150,000 km). 

Untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan tawaran menarik ini dan pandu uji, para pelanggan boleh mengunjungi bilik pameran Toyota terdekat. Layari juga laman web www.toyota.com.my untuk maklumat lanjut.
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Terdapat beberapa buah model khas yang dipamerkan pada acara Beyond Zero, seperti berikut:  …
Telah Diuji
Ia tampil dengan pakej yang serba lengkap - rupa paras yang sporti, tiga pintu (kedekut penumpang…
Pelancaran
Dari segi kuasa, Toyota Vios 2023 dijana dengan enjin empat silinder sebaris 1.5 liter (2NR-VE)…