Kymco CV2 - Skuter Adventure Tourer

oleh HEZERI SAMSURI|
Nampaknya Honda bukan seorang sahaja dengan skuter ADV (adventure) kerana Kymco terus menghasilkan sebuah konsep yang dikira sebagai satu kesinambungan dari konsep ADV oleh Honda.

Kymco CV2 ialah sebuah skuter Adventure Tourer - yang memberi fokus lebih kepada keselesaan perjalanan jarak jauh.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dipertontonkan semasa pameran EICMA 2017 di Milan baru-baru ini, tidak ada lagi spesifikasi teknikal tetapi ia sepatutnya lebih berkuasa dari skuter paling mewah Kymco, AK 550.

Dari gambar-gambar ini, kotak belakang nampaknya boleh diubah dan ia boleh menjadi single atau two-seater. 

Bahagian hadapan sudah menampakkan ciri-ciri tourer Jerman dengan kepala yang besar dan paruh itik yang sinonim dengan sebuah jenterea ADV paling popular di dunia, BMW GS.

Pada pendapat Careta, rekabentuk motosikal mewah seperti K16 oleh BMW dan konsep skuter ini sudah menampakan satu ciri-ciri yang sedikit jelik - terlalu banyak panel plastik.

Kita tunggu sahaja nanti samada Kymco akan menjadikan ia model produksi atau tidak.

Sementara itu, Kymco masih lagi perlahan di dalam pasaran tempatan. Mungkin kerana rakan kongsinya masih menggapai-gapai mencari daratan sebelum lemas di lautan bersama bahtera mereka yang tidak pasti untuk ke lautan sebelah timur atau ke barat.

Berita Berkenaan

Berita Global
Yang mencuri tumpuan sudah pasti skuter kembara Kymco CV-L6.   Seperti yang anda lihat, Kymco CV-…
Berita Global
Menurut video acah (teaser) dari Kymco, ia akan melancarkan sebuah skuter maxi yang mampu meredah…
Berita Global
  "Untuk motosikal elektrik, prasaranan mengecaj akan diselesaikan oleh syarikat-syarikat kereta…