Kutipan tol di empat plaza tol dimansuhkan

oleh SALINA JALIL|
Kerajaan memutuskan bakal memansuhkan kutipan tol di Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau, Selangor; Bukit Kayu Hitam, Kedah; dan Eastern Dispersal Link, Johor.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02


Perkara terbabit diumumkan Datuk Seri Najib Razak semasa membentangkan Bajet 2018 di Dewan Rakyat sebentar tadi.

Beliau juga mengumumkan pengurangan kadar cukai individu antara 3 hingga 14 peratus yang bakal meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat antara RM300 hingga RM1,000.

Ia juga menyaksikan lebih 261,000 orang tidak lagi perlu membayar cukai pendapatan.

Pembentangan Bajet 2018 itu dilihat bertujuan mengurangkan kos sara diri dan meningkatkan kualiti hidup.

Disifatkan ia ibu segala bajet, antara lain ialah mengutamakan kesejahteraan rakyat dan peluang menjana ekonomi serta mempersiapsiaga rakyat dengan revolusi perindustrian keempat dan ekonomi digital.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan demikian ketika membentangkan Bajet 2018 di Dewan Rakyat hari ini.

 

*laporan dari astro awani

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dalam jawapan di parlimen menjelaskan,…
Berita Domestik
Beliau berkata, secara hakikatnya, tidak semua yang memiliki konsesi lebuh raya yang mendapat…
Berita Domestik
Kerajaan menawarkan RM6.2 bilion untuk mengambil alih 4 konsesi lebuhraya bertol di Lembah Klang…